Pages

Saturday 11 October 2014

Argghhhh..Sakitnyaa...!!!

Apa yang anda rasa bila beberapa hari tidak membuang tiba-tiba nak membuang??? 
Dah makan buah pun tetap tak membuang..Diri dah makin tak selesa. Semua kerja nak buat rasa tak betul. Stress dah datang munculkan diri. Kenapa?? Sebab toksin dalam badan dah terlalu banyak tersimpan dalam badan.

Nak tahu cara nak memudahkan untuk membuang toksin dari badan??
Jom Adila share caranya dengan the most popular product bila berkaitan dengan masalah pembuangan.

HERB-LAX SHAKLEE
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGtiuDaJmxnAVFPUfA5wT3BedR3LFNFSa7v5HV_kEuNlnRKPSgR0IbK6AjCw-gDsD_OZq5wmAXSCx5yse5BYMAeCfL6nKd8OJJaz_QtRpOijEbqe-lpLs2oRtWptQHXRB9vNYPbm5RKQeC/s250/herb+lax.jpg
  • Memudahkan pergerakan usus dan menghidarkan sembelit
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan bau badan


Dah tahu FUNGSI kan so now kita tengok apa KANDUNGAN HERB-LAX pulak.

Kita memang dah tahu barang SHAKLEE semestinya bebas bahan kimia. Namanya dah HERB jadi memang tak lari la di sumber herba semulajadi.
  • Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
  • Licorice root -membantu proses detoksifikasi.
  • Fennel Seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk maslah sembelit dan kembung perut atau usus.
  • Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.
  • Rhubarb root - herba yang banyak digunakan dalam perubatan China untuk digunakan sebagai antibiotik.
  • Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.
  • Culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.
  • Alfafa leaf - membersihkan usus, darah dan hati.
  • Sanna leaf - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.


Manfaat Utama HERB-LAX

  • Pembersihan najis tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut.


Testimoni

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjc_8325K7394nyTeTwXDG_6Kclah-vJUr-AeWblZcwqsKi9lgfxjJ2x7D6KmFxUm73UPO_9xLz3LZJDG3o1rfZRd6BULKnbJsmmdFgJ9cfqh6NckZsHyK7PuEF0xjlXOQaM-wo1Qr5-7s/s400/testi+herblax.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEijD6jzXCck4sj32GvENoUXhzJyjN7ieTbexN0BpjIbGXCC0MPy_NwxK1gUKjb6dOVFwsVPs9YO5EfICR4ISJbyZCYfPckZasesxVciyuUQ97ZRq51z1UbMwHleaC264_3qUBuU0u2gzJlq/s400/testimoni+herb+lax+shaklee.png

Haa...Percaya tak HERB-LAX ni bagus??
Terasa nak try dan rasai manfaatnya??


Hubungi:
Adila Ibrahim | 0195416295
SID 1125778



Thursday 9 October 2014

Bahayakan Anak-anak???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVXTh6GVw5gVLVy9Lj0-vv3Jxh7_x6jQ03pEaA7uv9bnQwnhQhA4pV9nfl_8idvJP_afLt426TAkSIe56Cwj8WLUAnVjbmjz8xfHz1HU3ojLsXqNTgA_nOouIm5mwmh0ZRBggKunw3c5M/s320/IMG_0669.JPG

Assalamualaikum wbt pengunjung blog semua..
Salam 1 Malaysia..

Memandangkan bulan ini adalah promo Mealshake dari Shaklee, ramai lah yang menaikkan promo Mealshake Shaklee ni. Haaa dan tak kurang jugalah sebilangan orang mula mempersoalkan status Mealshake Shaklee ni terutama isu selamat atau tidak untuk diambil oleh kanak-kanak.

Mealshake Shaklee sememangnya salah satu produk yang dihasilkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak walaupun sebenarnya ia boleh diamalkan oleh orang dewasa juga. Buat yang masih belum kenal, Mealshake Shaklee ni juga sebenarnya adalah multivitamin dalam bentuk serbuk yang:

  • Mengandungi 19 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang sihat
  • Merupakan sumber terbaik serat dan protein
  • Membekalkan kalsium harian yang diperlukan badan
  • Index glisemik rendah membuatkan glukosa dilepaskan secara perlahan-lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.

Jadi kenapa ada yang kata Mealshake Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu 1: Mealshake Shaklee ada Maltodextrin

Isu utama yang diperkatakan adalah disebabkan Mealshake Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya. Jadi sebelum melalut menuduh Mealshake Shaklee tidak selamat, kita kenalah tengok dulu apa itu Maltodextrin.
Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener’ atau ‘filler’. Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan  ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.
Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik nya tinggi , Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak. Itu sahaja keburukan Maltodextrin. Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambil lah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan capat dan Maltodextrin boleh bekalkan kepada tubuh anda.

Isu 2: Kandungan gula (‘sugar’) dalam Mealshake Shaklee

Mealshake Shaklee Tidak Selamat

Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula atau ‘sugar’ dalam Mealshake. Ia menjadi isu kerana di pelekat ‘Ingredients’ pada Mealshake, tertulis untuk serving per 100g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g  gula (‘sugar’) yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.
Ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g Mealshake Shaklee sehari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula (‘sugar’). Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100g sehari. Shaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup.
Jadi adakah Mealshake Shaklee yang tidak selamat atau kita sendiri tidak ikut panduan makan yang betul?

Isu 3: Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah 4 atau 6 tahun

Jika ditanya kebanyakan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu, serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.
Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan Mealshake Shaklee, kita ada panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang. Nak tahu pengambilannya? Hubungilah pengedar Shaklee anda. Jika anda customer saya, hubungi saya dan pasti saya berikan pada anda.
Tapi pada saya itu bergantung kepada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan  Mealshake Shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee pilihan tepat untuk kesihatan seharian anak anda.




Testimoni dari pengguna Mealshake:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjddgYmmadHmZK9ZdPc-EcCIGRmDCS029JqEtIDT9FpvDb8WML6jSTVDyX4l6uzDVqQDfkhDvr_mERd1tJ09tmBoVwWwTzXZ_NcTMPaSiLGUKqIkefdMMCngZfN9JnlUr9eTLKBruhJa6Y/s1600/testimonial+anak+kerap+demam.png

http://www.lifefit.my/wp-content/uploads/2012/02/testimoni-mealshake-1.jpg

Jadi harapnya terjawablah isu Mealshake Shaklee tidak selamat ni ya.. Bagi saya terpulang pada ibubapa itu sendiri. Harga gerenti terbaik. Sangat berkualiti dan inilah sebagai satu cara untuk kita tunjukkan rasa sayang kita pada anak-anak.


Berminat??
Adila Ibrahim | 0195416295
SID 1125778

Tuesday 7 October 2014

Manisnya Bermadu

Assalamualaikum wbt 
Salam 1 Malaysia...
Apa khabar pengunjung blog Adila semua??


Mesti semua dah banyak makan daging sebab yelah raya lah katakan. Tak try naik penimbang ke? Atau takut meter penimbang bergerak ke kanan?Nak tahu 1 rahsia tak?

Adila nak kenalkan anda semua dengan MADU YANG MANIS ni. Adila sendiri pun amalkannya. Beri kesan yang sangat hebat kalau tahu peraturan dan ikut cara makan yang betul. Insya;'Allah meter penimbang stabil atau silap hari bulan meter penimbang ke kiri. Tak suka ke macam tu??

Ni lah MADU YANG MANIS dimaksudkan tadi..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLXPDL3NPRIxxQH7q3OR7CHHZeJR4i5leVECF-uVr6AlbCMLP13r_dsRVz_hYM2DERovDj2PqECPuGQl8PoKIos-pP8cKvPmd9ZN48dy4mK1rrXNsJqdkfBB5PibtWYp8p9Ljy5F-26D8_/s1600/lecithin-alfalfa.jpg


Nak tahu KEGUNAANNYA??

Jom Adila ceritakan.


ALFAFA
  • Menyingkirkan lemak & kolesterol - menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung serta darah tinggi.
  • Mencuci hati, darah & ususmenormalkan kembali keasidan badan, menghilangkan toksin, membersihkan hati, kolon darah untuk menghasilkan kulit & otot yang cantik
  • Baik untuk usus & perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasidity, ulser, gastrik, hepatitis & sembelit
  • Melawan alahan - mengurangkan masalah resdung, kurap, panau, bau badan & ulat air dengan berkesan
  • Melawan sel-sel kanser - mengakalikan badan dalam memperbaiki sel-sel kanser & membuang tumor


LECHITIN
  • Menyerap vitamin larut lemak - menyerap vitamin A, D, E, K
  • Pemecahan lemak & kolesterol - membersihkan saluran dara, membantu mengemulsi & metabolisma lemak, kolesterol serta trigliserid dalam badan
  • Pelangsingan - pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang
  • Meringankan sembelit - melembabkan serta meleraikan toksin dalam usus
  • Mengahalang tekanan darah tinggi - menggalakkan peredaran darah dengan menghalang arteriosklerosis dalam proses memperbaiki tekanan darah tinggi

Now dah tahu fungsi pasangan MADU ni kan tapi rasa still tak percaya. So, kita tengok TESTIMONI diorang pulak.

http://vitamin2u.net/wp-content/uploads/2013/08/testimonial-alfalfa-dan-lecithin.jpg


Dah percaya???Nak mencubanya juga??
Adila Ibrahim | 0195416295
SID 1125778 

Sunday 5 October 2014

Aduhai..Penat Sangat!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat..
Raya Aidiladha anda macam mana semalam??


Pergh..Semalam energy down sebab xsempat minum "minuman rahsia" saya sebagai pembekal tenaga. Kelam kabut sangat tapi hari ni dah selamat dah dalam perut. Relax dan santai je buat kerja umah, masak dan macam-macam lagi. Energy dah up. 

Anda tak teringin ke nak tiru life saya??Rasa "minuman rahsia" saya ni macam minum air limau je. Yang penting sedap dan berkhasiat. Minuman isotonik yang hebat. Kenapa hebat?? Jom saya share dengan anda...

Biasanya kita dimomokkan dengan minuman isotonik (sport drinks) yang berkarbonat (bergas) dan mengandungi gula berlebihan. Tak rasa penat ke duk top up karbonat dan gula berlebihan dalam badan??
Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonik  dan rasa penat top up gula bersama karbonat, Performance Drink Shaklee adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!!!

Mengapa saya beria-ria benar berkempen kepada anda untuk  mengambil Performance Drink Shaklee dalam diet harian anda??


Jawapannya mudah. Bagi saya minuman Performance Drink Shaklee ini diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif!

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
  1. Para ibu yang menyusukan anak.
  2. Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
  3. Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
  4. Para pesakit yang menghidap gout.
  5. Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
  6. Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
  7. Anak-anak yang demam.
  8. Para pelajar sekolah atau mahasiswa/wi.
  9. Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
  10. Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
  11. Anda yang sentiasa sibuk menjalankan tugas dan tanggungjawab seharian.

Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink?
  • Bebas gas atau tidak berkarbonat.
  • Kurang  kandungan gula (less sugar).
  • Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
  • Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 

Pengalaman saya sendiri yang menyebabkan saya ingin sangat berkongsi dengan anda agar merasai sendiri perbezaannya.

Tak percaya??


 

Apalah kiranya anda memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga anda yang aktif untuk terus kekal aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka berbanding minuman isotonik yang lain di pasaran?

Renung-renungkanlah.. Duit boleh dicari tapi kesihatan yang baik untuk masa akan datang memerlukan pengorbanan anda pada hari ini.



Untuk keterangan lanjut:
Adila Ibrahim | 0195416295
SID 1125778



Saturday 4 October 2014

Solat & Kesihatan

Apa kaitannya???

Assalamualaikum kawan-kawan.. Terbaca artikel ni di Utusan Malaysia dan rasanya tak salah untuk kita ambil cakna tentang kepentingan solat yang juga berkait rapat dengan kesihatan kita. 

Solat merupakan ibadah harian yang dilakukan sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari. Bagaimanapun banyak yang belum diketahui bukan saja tentang solat tetapi juga hikmah di sebalik keperluan mengambil air sembahyang atau wudhu.
Kesempatan menemu bual Dr. Azman Ibrahim, doktor gigi lulusan Universiti Baghdad, Iraq selepas ceramahnya tentang Solat dan Sains di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya merungkai pelbagai persoalan berkaitan solat dan kesihatan apabila dilakukan dengan sempurna dan tertib.
"Saya mula menjalankan kajian solat dan kesihatan semasa melanjutkan pelajaran di Baghdad memandangkan bandar berkenaan adalah gedung ilmu yang terkemuka suatu ketika dulu," katanya.
Menurut Dr. Azman, terlalu banyak hikmah mengenai wudhu dan solat yang boleh diketengahkan dan dikaji bukan saja oleh saintis Islam dahulu malah saintis bukan Islam di zaman ini.
"Misalnya pakar perubatan mendapati di bawah lapisan kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup secara komensalisme dan wudhu serta mandi ialah cara membersihkan badan daripada bakteria selepas melakukan pelbagai aktiviti harian," katanya.
Apabila bakteria terkena air ia akan mati dan tidak menjangkiti orang lain sekali gus menjadikan badan bebas daripada jangkitan dan wabak penyakit tetapi dalam keadaan tiada air, umat Islam dibolehkan bertayamum untuk bersuci.
"Apabila bakteria terkena air ia akan mati disebabkan oleh perbezaan tekanan osmosis di dalam badan sehingga air boleh menerap masuk ke dalam badan dan mati akibat terhidrasi.
"Tayamum pula ialah satu simbol bersuci yang dibolehkan kerana darurat dan boleh menggantikan mandi dan wudhu semasa ketiadaan air atau ketika sakit dan tidak boleh terkena air. Ini bermakna tayamum dan wudhu boleh mematikan kuman yang boleh memudaratkan tubuh badan manusia," tambah Dr. Azman.
Merujuk kepada buku tulisan Mukhtar Salam, Prayers: A Sport for the Soul and Body, berwudhu dengan sempurna ialah amalan yang mampu mencegah seseorang daripada kanser.
Dr. Azman berkata, anggota wudhu seperti muka, tangan hingga siku, kaki, kepala dan telinga ialah anggota yang terdedah semasa menjalani aktiviti harian dan dijadualkan untuk dibasuh sekurang-kurangnya lima kali sehari.
Sementara itu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan doktor dari Universiti Iskandariah, Mesir mendapati amalan memasukkan air ke dalam hidung semasa wudhu dapat mencuci rongga hidung daripada kuman yang melekat pada bulu hidung dan secara tidak langsung dapat mencegah penyakit seperti resdung dan sinus.

Titik
Dalam tradisi perubatan Cina pula, apa yang lebih memeranjatkan ialah anggota wudhu meliputi sebahagian besar kawasan titik akupuntur. Dalam ilmu akupuntur terdapat 700 kawasan aktif biologi di mana ia akan merangsang sistem saraf aktif yang terdapat pada bahagian bawah kulit.
Daripada sejumlah titik berkenaan 66 daripadanya ialah kawasan aktif yang sangat sensitif dan 61 berada di kawasan wudhu utama manakala bakinya di kawasan buku lali dan lutut.
"Kerana itu antara tertib semasa berwudhu ialah setiap anggota wudhu perlu digosok dengan teliti dan tidak memadai hanya sekadar disiram. Contohnya amalan membasuh muka dengan teliti akan merangsang sistem usus, perut pundi kencing dan sistem reproduksi wanita.
"Manakala membasuh dan menggosok kaki kanan dapat merangsang sistem tulang, hempedu dan kelenjar tiroid," katanya.
Dr. Azman menambah, ilmu wiring sistem saraf tubuh manusia telah dikuasai oleh pengamal perubatan Cina sejak beribu tahun lalu dan sebenarnya Islam telah lama sampai ke negara China sejak zaman sahabat Rasulullah sebelum ke Tanah Melayu," katanya.
Menyentuh tentang kewajipan solat lima kali sehari, Dr. Azman berkata, ia umpama jumlah kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh.
"Sebagaimana tubuh manusia yang kekurangan makanan, solat memberikan makanan rohani dan jasmani kepada tubuh," katanya.
Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh pengarang buku The Return to Religious, Dr. Henry C. Link yang juga seorang pakar ujian psikologi membuat kesimpulan bahawa beliau menyedari kepentingan kepercayaan dan keimanan kepada agama dalam kehidupan manusia.

Keperibadian
Beliau mendapati mereka yang mempunyai pegangan agama dan menghadiri dan menjalankan upacara keagamaan memiliki keperibadian yang lebih kuat berbanding mereka yang tidak mempunyai pegangan agama.
Sementara itu Dr. Azman berkata, jadual solat dalam Islam ialah sesuatu yang unik kerana tidak terdapat dalam agama lain sembahyang dilakukan mengikut keadaan perubahan warna dan tenaga.
Tidur waktu malam menyebabkan jiwa berada dalam gelombang delta dengan frekuensi di bawah 4 Hertz dan seluruh tubuh akan berehat tetapi menjelang tengah malam atau sepertiga malam, alam mula bersinar dengan warna putih, merah jambu dan ungu yang selaras dengan frekuensi kelenjar pineal (otak kecil), kelenjar pituitari, talamus dan hipotalamus di mana waktu yang dituntut untuk beribadah.
"Manusia yang sedar akan kepentingan tenaga alam akan menjalani pelbagai jenis meditasi seperti taichi dan qi qong untuk menyerap tenaga alam ke dalam tubuh," katanya.
Dr. Azman berkata, dari segi perubatan, bangun sekitar pukul 3 pagi membolehkan kita menyedut oksigen yang wujud di atmofera bumi hingga masuk fajar dan hanya mereka yang bangun pada waktu itu merasai nikmat oksigen.
"Seorang ilmuwan Mesir, Fadhalla Haeri berkata, saat matahari mula terbenam kira-kira jam 6.30 petang kelenjar pineal mula bekerja mengeluarkan hormon melatonin dalam jumlah besar dan mencapai puncaknya pukul 2 hingga 3 pagi. Hormon ini membentuk kekebalan pada tubuh dan solat menjadi pemangkin untuk mengekalkan melatonin menjadi stabil," katanya.
Menurutnya, sekitar jam 3 pagi juga pengeluaran hormon adrenalin meningkat menyebabkan tekanan darah meningkat walaupun sedang tidur lena. Ketika itu bekalan oksigen ke otak berkurangan menyebabkan kita berat untuk bangun tidur dan menyebabkan gangguan kepada sistem peredaran darah manusia.
Penerima Anugeral Nobel, Furchgott dan Aignarro serta Murad telah menjalankan penyelidikan tentang nitrik oksida yang dapat melebarkan salur darah dan mengelakkan darah beku.
Dr. Azman menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyamakan gerakan solat sama seperti meditasi dan yoga.
"Pertama, solat ialah ibadah yang istimewa daripada wahyu Allah manakala yoga atau meditasi ciptaan manusia. Kedua, solat dilakukan dengan susunan masa khusus. Ketiga, solat hanya untuk orang Islam. Keempat solat harus suci daripada hadas kecil dan besar. Kelima solat perlu menutup aurat. Keenam solat berjemaah adalah fardhu kifayah. Ketujuh solat perlu ke arah kiblat dan kelapan solat berbeza dengan yoga dengan adanya azan," katanya yang juga penulis buku Solat dan Sains: Menyingkap Rahsia Solat dari Perspektif Sains.

Friday 3 October 2014

Emm..Sedapnya..!!!

Assalamualaikum wbt..
Salam 1 Malaysia Pengunjung Blogku..

Meleleh Dah Air Liur



Esok da raya woi..!! Terbayang dah makanan-makanan dan lauk-pauk yang best-best depan mata sepanajang 4 hari beraya dan yang pasti berkaitan dengan daging. Rendang daging, sup tulang, nasi beriani, nasi minyak...Arrrggghhh..!!Hancus dah diet aku. 



Tapi nak tahu tak satu cara yang boleh kita makan sampai puas tapi paras kolestrol tak naik??Haa ni lah dia produknya..Yang penting dari SHAKLEE dan saya tak nak saya je sihat sorang-sorang tapi saya nak sihat secara berjemaah.



Ni lah dia tuan empunya diri. 2 biji tablet sehari so 2 bulan untuk 1 botol. Nak share ngn family pun boleh terutama dengan mak ayah.

Fungsinya:


Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus.

Ini bermaksud apabila kita mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh kita dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL kita. Lihat gambarajah di bawah.


Sekarang bagaimana? Dah tahu cara nak turun kolestrol kan? Kini kita boleh menikmati makanan kegemaran tanpa perlu bimbang dengan ancaman kolestrol asalkan kita mengamalkan Phytocol Shaklee setiap hari. Sebelum kolestrol melarat dan mengundang penyakit merbahaya adalah lebih baik kita amalkan Phytocol Shaklee untuk turunkan kolestrol secara semulajadi.


Istimewanya Phytocol-ST

  • dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan fitosterol asli yang aktif
  • fitosterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • mengandungi 2000 mg fitosterol yang diperlukan setiap hari
  • kandungan fitosterol yang mencukupi seperti yang disyorkan oleh NIH
  • tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan pemanis tiruan


  • Testimoni Pengguna Phytocol-ST



    Now masih nak makan tapi takut paras kolestrol naik atau nak makan puas-puas tapi paras kolestrol maintain dan makin menurun??Tepuk dada tanya hati.


    Inginkan keterangan lanjut:
    Adila Ibrahim | 0195416295
    SID 1125778

    Kenapa Mesti Malu???

    Kebanyakan kita pada hari ini malu untuk berbasikal. Cuba lihat sekeliling anda berapa ramai anak-anak yang masih ke sekolah menaiki basikal?? Sangat kecil jumlahnya kan?? Ibu bapa beriadah menaiki basikal macamana sebagai riadah di hujung minggu pula? Ramai?? Kenapa? Kebanyakannya bila ditannya mesti menjawab malu atau orang dah tak naik basikal zaman sekarang. Tapi tahukah anda kebaikan berbasikal??


    Jom kita share info yang saya dapat ni dari blog Kesihata.info.


    Berbasikal Untuk Jantung Yang Sihat


    brad-pitt-bicycle
    Berbasikal untuk jantung yang sihat
    Senaman adalah penting untuk kesihatan fizikal dan emosional kita. Selain daripada mampu menggembirakan kita melalui pelepasan hormon “endorphin”, ia juga membantu kita mengawal berat badan dan memastikan setiap sel tubuh berada dalam keadaan optimum.
    Kajian terbaru yang dijalankan oleh salah sebuah jurnal perubatan terkemuka dunia, The Lancet, mendedahkan bahawa satu pertiga daripada golongan dewasa di dunia tidak aktif secara fizikal, dan gaya hidup ini mengorbankan lebih kurang lima juta orang setiap tahun. Malaysia diletakkan pada tangga ke-10 bagi negara paling malas di dunia dengan kadar tidak aktif di kalangan dewasa pada 61.4%.
    Ramai yang mengetahui bahawa berbasikal merupakan antara cara terbaik untuk kekal sihat dan cergas. Berbasikal merupakan senaman yang ideal bagi masyarakat di semua peringkat umur dan latar belakang. Tidak seperti tanggapan umum, berbasikal bukan hanya tertumpu pada bahagian kaki.
    Berbasikal merupakan aktiviti kardio pernafasan yang menguatkan badan dan pada masa yang sama membolehkan pengamalnya bergembira dan bersosial. Berbasikal secara kerap membantu mengelakkan penyakit seperti barah, kencing manis, obesiti, artritis dan juga kemurungan. Berbasikal secara keseluruhannya dapat meningkatkan kadar kecergasan seseorang, namun kelebihan berbasikal bagi jantung adalah lebih besar.
    Melancarkan aliran darah
    Aliran darah yang lancar dapat meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi seseorang kerana pengumpulan toksin dalam badan dihalang. Berbasikal mampu mengerjakan jantung dan saluran darah dengan mengalirkan darah yang tinggi kandungan oksigen ke seluruh badan, sambil membakar lemak badan dan mengurangkan selulit. Ia juga mengalakkan jantung menjadi lebih efisien dan memperbaiki sistem pernafasan dan aliran darah dengan menguatkan otot jantung.
    Mampu mengawal tekanan darah
    Berbasikal meningkatkan kawalan tekanan darah sebanyak 10/8 mmHg bagi pesakit yang mengalami darah tinggi dan membantu merendahkan kadar tekanan darah sewaktu rehat bagi mengurangkan risiko kematian secara mengejut bagi mereka yang sihat (Journal of Cardiovascular Pharmacology, 1995).
    Ia juga mengurangkan mendapan darah dan lemak badan pada arteri, serta meningkatkan kemampuan badan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kencing manis dan darah tinggi. Berbasikal secara kerap menjadikan kadar kematian bagi kedua-dua jantina bagi semua peringkat umur turun sebanyak 40% (Journal of Internal Medicine, 2000).
    Mengurangkan paras kolesterol `jahat’
    Berbasikal juga berfungsi sebagai pengawal tubuh yang baik. Ia memainkan peranan dalam mengurangkan kadar kolesterol jahat, LDL, sambil meningkatkan kadar kolesterol baik, HDL. Semakin tinggi nisbah HDL/LDL anda, lebih sihat badan anda kerana kolesterol lebih banyak dibuang berbanding dikumpulkan. Ini bermakna terdapat kurang kolesterol dalam badan yang akan diserap masuk ke dalam tisu dan arteri, lantas mengelakkan keadaan bergelar arteriosklerosis.
    Berbasikal secara kerap mengurangkan sebanyak 50% risiko menghidap penyakit kardiovaskular seperti stroke, penyakit yang keempat paling banyak membunuh di Malaysia.(Helping Needy Stroke Victims, The Star Online, 2011).
    Terdapat banyak tip latihan yang dapat anda amalkan untuk meningkatkan prestasi berbasikal.


    Berikut merupakan beberapa cara mudah untuk menguatkan badan dan mencergaskan diri semasa senaman:


    Pemakanan yang seimbang – Amalan pemakanan yang baik merupakan langkah pertama untuk kekal cergas. Memakan makanan yang berkhasiat dengan sayur-sayuran hijau, buah-buahan serta hidangan yang terdiri daripada protein dan karbohidrat yang lambat dihadamkan dapat membantu badan anda mendapatkan nutrien yang diperlukan, menggantikan tisu yang terpakai serta menghasilkan tenaga.
    Menghidratkan tubuh – Penyahhidratan mengehadkan prestasi anda dalam acara kompetitif dan boleh mengakibatkan kekejangan otot serta masalah lain. Malah, kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar yang sedikit boleh merendahkan metabolisme dan mengurangkan kemampuan anda untuk bersenam secara efisien. Amalkan pengambilan air pada selingan masa yang tetap sepanjang 2-4 jam selepas anda berbasikal bagi menghidratkan tubuh anda semula.
    Kekal fleksibel – Aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan yang dijalankan dengan cara yang betul merupakan faktor penting bagi mengelakkan kecederaan. Pemanasan badan membantu anda untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi aspek-aspek sukan yang lebih mencabar, manakala penyejukan badan membantu badan anda untuk kembali ke mod rehat secara perlahan-lahan.
    Mendapatkan tidur yang cukup – Kebaikan tidur memberi kesan kepada hampir semua aspek kehidupan seharian kita. Badan anda menghasilkan molekul protein dengan lebih banyak ketika anda tidur, dan ini menjadikan anda lebih kuat melawan jangkitan serta membantu anda untuk kekal sihat.

    SELAMAT BERBASIKAL PENGUNJUNG BLOGKU..!!!

    Thursday 2 October 2014

    Minyak ooo Minyak!!!

    Assalamulaikum wbt..


    Salam 1 Malaysia pengunjung blogku..

    Minyak naik lagi???Haish..Macamana ni?? Cukup ke duit gaji aku ni?? Lepas ni mesti harga barang-barang pon naik..Stress la camni..

    Ahaa ni la salah satu punca stress dalam hidup kita. TEKANAN SEHARIAN. Pernahkan kita tengok hari ni dia bergelak ketawa dengan kita tiba-tiba kita dikejutkan oleh berita kehilangan insan yang jauh mahupun dekat. Bila diselidik ianya disebabkan serangan jantung, pendarahan dalam otak dan paras darah terlalu tinggi. Tak dapat nafi ianya memang berpunca dari STRESS @ TEKANAN.

    Stress adalah masalah dalam hidup kita. Something yang always kita kena lalui walau sepositif mana pun diri kita. Ada kesan yang baik ada kesan yang buruk tetapi lebih banyak buruk. Apa yang baik stress ni buat kita sentiasa bersemangat untuk mencuri peluang untuk mencari dan mencipta kebahagiaan sementara di dunia ini. Tetapi ramai antara kita memperoleh kesan buruk. Kenapa begitu???

    Stress Adalah Pembunuh..!!!

    Apa Yang Berlaku Kepada Tubuh Ketika Stress
    Kepala : Stres menyebabkan Kemurungan, sensitif, kelesuan, kebosanan, tiada motivasi, hilang selera, hilang tumpuan, susah tidur, mimpi buruk, risau, berdebar-debar dan sakit kepala serius.
    Kulit : Menyebabkan masalah kulit berpanjangan seperti jerawat.
    Jantung : Meningkatkan tekanan darah dan denyutan jantung, meningkatkan kolesterol jahat dan kemungkinan-kemungkinan serangan jantung.
    Sendi dan Otot : Mengalami kesakitan,  ketegangan dan kepadatan tulang yang rendah.
    Perut : Kekejangan perut, kembung, loya dan berat badan yang tidak stabil.
    Pankreas : kekurangan pengeluaran insulin yang bolih meningkatkan risiko kencing manis.
    Usus : Masalah penghadaman dan sistem usus seperti cirit birit dan sembelit.
    Sistem Pembiakkan : Kurang keinginan sex, kurang pengeluaran sperma kepada lelaki dan kesakitan ketika haid bagi wanita.
    Sistem Immuniti : Kurang daya tahan terhadap serangan penyakit dan penyembuhan penyakit yang lemah. Paling serius membawa kepada penyakit kanser kerana kurang kemampuan melawan serangan radikal bebas.
    Banyaknya kesan buruk bila kita stress. Sebaiknya kita berusaha untuk mengatasi stress kita dengan mengubah gaya hidup dan cara pengambilan makanan. Haa..sebut pasal pengambilan makanan Shaklee ada menyediakan produk yang mana ianya membantu kita menghadapi stress dalam kehidupan seharian. Nama Glamournya ialah B-COMPLEX.
    Manfaat Shaklee B Complex
    Shaklee B-Complex adalah vitamin penting yang tidak dapat dibuat oleh tubuh. Oleh itu ia mesti diperolehi dari luar melalui makanan dan vitamin semulajadi.
    Shaklee B-Complex juga merupakan vitamin larut air bermakna tidak dapat disimpan lama olih badan dan akan kehilangan melalui peluh dan air kencing. Olih itu pengambilan yang berterusan diperlukan agar tidak kekurangan vitamin B-Complex.
    Keistimewaan Shaklee B-Complex ialah ianya lengkap mengandungi kelapan-lapan B dengan nilai 100 daily value (dv) atau lebih,  seperti yang digariskan olih Food and Drug Administration (FDA).
    Untuk pilihan bijak, baca dahulu label yang terdapat dibotol vitamin anda. Pastikan vitamin B anda mempunyai kelapan-lapan B, kebanyakan vitamin B dipasaran hanya mengandungi 7 B kebawah sahaja. Biotin adalah elemen vitamin B yang paling mahal untuk diperolehi biasanya tidak diberikan oleh jenama lain walaupun yang mempunyai nama besar dalam industri. Disinilah letaknya kewibawaan jenama shaklee sebagai pemimpin di dalam industri.
    Bagaimana B-Complex Boleh Membantu??
    1. Vitamin B1menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
    2. Vitamin B2 Memproses asid amino dan lemak.Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
    3. Vitamin B3Membantu mengurngkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik,membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
    4. Vitamin B5Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
    5. Vitamin B6Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
    6. Vitamin B9Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi didlm badan
    7. Vitamin B12Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

    Testimoni Pengguna B-Complex

    Untuk Keterangan Lanjut:
    Adila Ibrahim | 019-5416295
    SID 1125778